Di sepanjang tempoh tahun 2017 berlangsung, pengguna Google PlayStore dan Apple App Store dilaporkan telah membelanjakan hampir $60 bilion bagi pembelian aplikasi, langganan, dan pembelian dalam aplikasi.
Berdasarkan laporan dari Sensor Tower, peningkatan sebanyak 35% telah dicatatkan berbanding tahun 2016 yang mencatatkan perbelanjaan lebih kurang $43.6 bilion.
Melihat kepada imej, kita boleh merumuskan bahawa Apple berjaya menjana keuntungan daripada platform App Store dengan nilai sebanyak $38.5 bilion, hampir sekali ganda dari nilai keuntungan Google PlayStore dengan hanya $20.1 bilion.
Sumber: Sensor Tower