Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Marvel Super Pass TGV Boleh Tonton Semua Filem Tahun Ini “Percuma”

Posted on Ogos 1, 2022Ogos 1, 2022

TGV Cinemas hari ini mengumumkan semua pengguna yang mempunyai Marvel Super Pass boleh menggunakan baucar untuk semua filem yang ditayangkan di pawagam itu.

Marvel Super Pass ❌
All Movie Pass ✅ pic.twitter.com/mpfJF5ImTx

— TGV Cinemas | #TontondiTGV 🇲🇾 (@TGVCinemas) August 1, 2022

Terdahulu, TGV Cinemas telah memperkenal Marvel Super Pass dengan 5 baucar tiket bagi tayangan filem Marvel. Bagaimanapun, pas itu tidak lagi terhad untuk filem Marvel dan boleh digunakan bagi semua filem bermula 4 Ogos 2022 nanti.

Perkara tersebut mungkin disebabkan mereka tidak mahu pembelinya rasa rugi lebih-lebih lagi sejak tayangan Thor: Love and Thunder di Malaysia dibatalkan.

Namun, ia masih tertakluk kepada terma dan syarat termasuk jenis kerusi dan panggung wayang. Untuk maklumat lanjut, pengguna Marvel Movie Pass juga boleh menghantar e-mel melalui [email protected].

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress