Apple Malaysia hari ini mula menawarkan 3 pilihan kad grafik terbaru khusus bagi menaik taraf kuasa pemprosesan grafik komputer meja Mac Pro.

Ketiga-tiga kad grafik yang dikuasakan dari cip AMD siri Radeon Pro W6000 itu terdiri daripada Radeon Pro W6800X MPX Module, Radeon Pro W6800X Duo MPX Module dan Radeon Pro W6900X MPX Module.

Ketiga-tiga modul kad grafik ini sudah pun ditawarkan di laman rasmi Apple Malaysia. Berikut adalah harga bagi 3 modul kad grafik tersebut:-

  1. Radeon Pro W6800X MPX Module – RM11,200.00
  2. Radeon Pro W6800X Duo MPX Module – RM20,000.00
  3. Radeon Pro W6900X MPX Module – RM24,000.00
Radeon Pro W6900X MPX Module.

Penawaran pilihan kad grafik yang lebih berkuasa ini mampu meningkatkan kuasa pemprosesan grafik Mac Pro sekaligus memberikan prestasi terbaik ketika pengguna menjalankan perisian-perisian profesional seperti Octane X, DaVinci Resolve, Cinema 4D dan Final Cut Pro.

Untuk info lanjut tentang spesifikasi modul kad grafik Mac Pro ini, layari laman Mac Components 

Baca juga: Apple Malaysia Kini Menjual Berasingan Magic Keyboard Dengan Touch ID Serta Pelbagai Aksesori Magic Terbaru Bagi Komputer Macintosh