Perkhidmatan pengurusan kata laluan sememangnya membantu terutama bagi individu yang mempunyai banyak akaun dan pada masa sama mencipta kata laluan yang kuat tanpa perlu mengingatnya.
Namun, salah satu perkhidmatan popular, LastPass dilaporkan sedang menghadapi masalah agak besar. Ini kerana Hacker News menyatakan “master password” LastPass mungkin sudah dicerobohi.
Bahkan, beberapa pengguna turut melaporkan bahawa terdapat cubaan godaman pada “master password” mereka walaupun telah menukarnya.
Bagi mengetahui kesahihannya, jurucakap LastPass dalam kenyataan mengatakan perkhidmatan mereka masih lagi selamat dan tidak ada pencerobohan berlaku. Akan tetapi, mereka tetap memantau perkara ini dari masa ke masa.
Bagaimanapun, berkemungkinan memang ada pihak yang cuba menceroboh akaun pengguna LastPass. Buat makluman, “master password” ini adalah kata laluan yang amat penting. Ia ibarat “master key” untuk mengakses kata laluan akaun yang lain.
Jika “master password” ini berjaya didapati, dengan mudah akaun-akaun lain boleh di log masuk. Oleh yang demikian, mana-mana pengguna LastPass, anda disarankan untuk mengaktifkan pengesahan dwi-faktor (2FA) agar memastikan ia lebih selamat.
Sumber: Apple Insider
Baca juga: