Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Sensor Tower tentang penggunaan bunyi ringtone pada telefon pintar mendapati, pengguna telefon pintar kini lebih gemar menetapkan telefon mereka ke dalam mod senyap.

Secara khususnya, pengguna telefon pintar yang berumur antara  16 hingga 24 tahun di United Kingdom.

Penyelidik mendapati, dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2016 sehingga 2020, trend menetapkan telefon pintar ke dalam mod senyap meningkat di mana hanya seramai 3.7 juta pengguna sahaja menggunakan ringtone pada telefon pintar mereka pada tahun 2020.

Keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan tahun 2016 di mana seramai 4.6 juta pengguna menetapkan ringtone pada telefon pintar mereka.

Ini mungkin menunjukkan bahawa pengguna telefon pintar kini tidak lagi gemar menetapkan ringtone kerana pengguna kini lebih gemar menghantar mesej berbanding membuat panggilan telefon dengan adanya pelbagai aplikasi permesejan yang menyebabkan mereka lebih banyak melihat skrin peranti.

Jadi, apa perlunya menetapkan ringtone jika mata sentiasa mengadap skrin peranti. Mungkin juga bolehlah dianggap rintone telefon kini sebagai menjengkelkan dan bingit terutamanya apabila berada di tempat awam.

Malah penyelidik juga mendapati remaja lebih gemar menetapkan telefon pintar ke dalam mod vibrate bagi menerima panggilan atau mesej kerana mahu mengelakkan daripada guru dan ibubapa.

Keadaan ini mungkin juga sama sahaja dengan pengguna di Malaysia. Betul tak?

Sumber: The Guardian