Microsoft telah mengeluarkan aplikasi terbaru iaitu Games for Work di mana pengguna boleh bermain bersama pengguna yang lain semasa mesyuarat atas talian.
Antara permainan yang ditawarkan adalah termasuk Solitaire, Minesweeper, Wordament, dan IceBreakers. Kesemua permainan ini adalah selamat dan dijamin tiada iklan akan disiarkan sepanjang penggunaanya.
Keempat-empat permainan ini membenarkan pengguna untuk berinteraksi antara satu sama lain malah boleh dimainkan oleh dua sehingga 250 orang pengguna.
Setiap permainan yang ditawarkan memberi impak kepada pemain. Mereka boleh fokus kepada pertandingan secara sihat, belajar untuk menjalinkan kerjasama antara satu sama lain serta meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah.
Aplikasi Games for Work dibangunkan sendiri oleh Microsoft Casual Games. Matlamat aplikasi adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dalam pasukan dan juga menawarkan pengalaman yang menarik untuk setiap pengguna Microsoft Teams.
{suggest}
Aplikasi ini hanya tersedia untuk Microsoft Teams Enterprise dan pelanggan Education.
Sumber: Microsoft