Tahun 2020 menjadi tahun yang berbeza buat semua orang dengan banyaknya perubahan dalam kehidupan seharian. Ia termasuklah corak pendengaran muzik.

Menjelang penghujung tahun 2020, JOOX mendedahkan tabiat dan citarasa muzik rakyat Malaysia sepanjang tahun ini dengan berkongsi data penstriman muzik rakyat Malaysia, nyanyian karaoke dan juga tontonan acara secara langsung.

Tahun ini dilihat rakyat Malaysia lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Oleh itu, JOOX mendapati bahawa jam 5 petang setiap hari merupakan waktu puncak rakyat Malaysia mendengar muzik.

Ini juga disebabkan waktu tersebut adalah waktu peribadi kebanyakan orang ramai untuk merehatkan fikiran setelah seharian bekerja atau belajar.

Selain itu, secara puratanya pengguna JOOX di Malaysia telah mendengarkan lebih daripada 20 lagu sehari dimana waktu penstriman paling banyak adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Jumlah masa penstriman oleh pengguna JOOX di Malaysia juga adalah bersamaan dengan menonton semua siri filem superhero sebanyak 1.2 juta kali.

10 Lagu Paling Banyak Distrim (tanpa urutan):

  • Sakit – Zynakal ft. Yonnyboii
  • Sakit – Achey
  • Dance Monkey – Tones and I
  • Memories – Maroon 5
  • Sumpah – Naim Daniel
  • Peluang Kedua – Nabila Razali
  • Hutang – Floor 88
  • Sumpah – Aina Abdul
  • Stuck With You – Ariana Grande, Justin Bieber
  • How You Like That – BLACKPINK

Artis Antarabangsa Paling Banyak Distrim

  1. Alan Walker
  2. Andmesh Kamaleng
  3. Ali Gatie

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

  1. Siti Nurhaliza
  2. Naim Daniel
  3. Ukays

Artis K-Pop Paling Banyak Distrim

  1. BTS
  2. BLACKPINK
  3. TWICE

Tambahan lagi, sejak fitur “Quick Sing” diperkenalkan, sebanyak 880,000 buah lagu karaoke telah dimuat naik oleh pengguna ke JOOX sepanjang tahun ini.

JOOX kini mempunyai lebih 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia. Ia boleh dimuat turun melalui App Store dan Play Store.