Awal tahun ini, terdapat khabar angin yang barisan iPhone 13 bakal tampil dengan fungsi imbasan cap jari pada skrin. Namun demikian Ming-Chi Kuo pula mendakwa tiada ciri tersebut diperkenalkan pada 2021.

Terbaru, Mark Gurman melaporkan bahawa Apple sudah menguji ciri ‘Touch ID’ pada skrin tetapi tidak mahu melancarkannya menerusi iPhone 13. Bahkan beliau turut menyatakan mungkin kita tidak dapat lihat fungsi tersebut dalam mana-mana iPhone akan datang.

Dengan itu, teknologi imbasan wajah atau ‘Face ID’ akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk barisan iPhone.

Tambah Gurman, beliau mengatakan Apple akan mula memberi fokus terhadap imbasan wajah di dalam skrin. Bermakna, mungkin Apple sudah bersedia untuk beralih kepada paparan penuh tanpa takuk pada masa hadapan.

Sumber: iMore

Baca juga: