Awal pagi hari ini, Apple telah pun melepaskan secara rasminya iOS 15 untuk pengguna iPhone.

Model-model iPhone yang menerima naik taraf iOS 15 ini adalah dari model  iPhone SE (2016) sehinggalah model iPhone terbaru.

iPod touch generasi ketujuh juga menerima naik taraf iOS terbaru ini.

Terdapat pelbagai ciri menarik dan terbaru yang diperkenalkan dalam iOS 15.

Antaranya adalah ciri SharePlay, Focus dan Live Text.

Selain itu menerusi iOS 15, pengguna iPhone juga kini boleh menghantarkan pautan kepada rakan dan keluarga mereka yang menggunakan platfom Windows atau Android untuk turut serta dalam panggilan video FaceTime.

Ciri Tab Groups juga antara ciri baru yang diperkenalkan dalam iOS 15. Ia memudahkan anda selarikan tab ke semua peranti yang anda gunakan.

Ciri-ciri terbaru yang lain pula termasuklah antaramuka Memories lebih interaktif, reka bentuk baharu paparan Notifikasi dan lebih kawalan pada tetapan Privasi.

Malah Apple juga kini memberikan lebih ruang kepada pengguna iPhone untuk melakukan kustomasi tertentu seperti saiz teks pada setiap aplikasi dan berkongsikan status kesihatan bersama pengguna lain menerusi ciri baharu yang diperkenalkan pada aplikasi Health.

Jadi, sekiranya anda belum menaik taraf iOS iPhone anda kepada iOS 15, segeralah berbuat demikian kerana terdapat pelbagai ciri baharu yang menyeronokkan untuk anda cuba.

Baca juga:-