Xiaomi secara tidak sengaja telah melepaskan kemas kini firmware kepada pengguna global Mi A3. Syarikat itu kemudiannya telah meminta pengguna untuk tidak memasang kemaskini V11.0.3.0.QFQMXTC bersaiz 1.40GB.
Menurut laporan beberapa pengguna, kemas kini tersebut telah membawa beberapa masalah termasuk dwi-SIM yang gagal berfungsi (hanya satu SIM sahaja yang berfungsi).
Pada asalnya, Xiaomi mensasarkan kemaskini firmware kepada Telcel Mexico. Bagaimanapun, Mi A3 versi global QFQMXTC telah menerima kemas kini itu.
Got a random 1.4GB update from @XiaomiIndia on my #mia3
Now my simcard isn't getting detected and when I boot my phone, there's some telcel written. Language has changed to some other. @MiIndiaSupport help. Can't make or receive calls. What kind of joke is this? pic.twitter.com/W5WtveopSs— Dakshit Shah (@DakshitShah) July 13, 2020
Oleh kerana changelog tidak menyatakan nombor binaan (build number), sesetengah pengguna telah mengemas kini kerana menyangkakan ianya adalah tampalan keselamatan bagi Julai 2020.
Setelah menerima laporan, Xiaomi telah memaklumkan melalui satu kiriman di Mi Community Global. Ia meminta pengguna supaya tidak mengemaskini peranti mereka.
Buat masa ini, Xiaomi hanya menyatakan pihaknya dalam usaha untuk memperbaiki masalah tersebut dan tidak memaklumkan bila ia dapat diselesaikan.
Sumber: GizmoChina