Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna EV Boleh Cuba Pengecas TNB Electron Di Dua Lokasi Secara Percuma, Bermula Hari Ini

Posted on Januari 20, 2023Januari 20, 2023

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengumumkan dua pengecas TNB Electron (DC) telah dibuka untuk tempoh ujian perintis di R&R Ayer Keroh Arah Utara dan R&R Paka Arah Utara bermula hari ini, 20 Januari 2023.

{suggest}

Dalam tempoh yang terhad, pengguna kenderaan elektrik (EV) boleh menguji pengecas TNB Electron 2x90kW secara percuma semasa melalui Lebuhraraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur.

Pengguna EV kini boleh menguji pengecas #TNBElectron 2x90kW kami secara percuma semasa mengembara di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan & Lebuhraya Pantai Timur. Pengaktifan pengecas adalah dengan menggunakan aplikasi mudah alih GO-TO-U.

— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) January 20, 2023

Sementara itu, pengaktifan pengecas perlu menggunakan aplikasi mudah alih GO-TO-U. Muat turun aplikasi tersebut boleh dilakukan melalui Google Play Store atau App Store.

Dalam pada itu, TNB turut memaklumkan pengecas TNB Electron beroperasi 24 jam. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi TNBX.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress