Berita baik buat pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, Tenaga Nasional hari ini menawarkan pengecasan secara percuma selama 4 hari bermula 19 April hingga 24 April 2023.
Ia adalah bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Terdapat 3 lokasi TNB Electron yang terlibat, iaitu:
- R&R Ayer Keroh (Arah Utara)
- R&R Tapah (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan
- R&R Paka (Arah Utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
Oleh yang demikian, kepada anda yang baru sahaja hendak bertolak pulang ke kampung, rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin.
Demi kesejahteraan pengguna, ada beberapa lagi pengecas TNB Electron bakal dibina bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar di lebuh raya. 🚙 pic.twitter.com/9KVsggoA7X
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) April 18, 2023
Dalam pada itum Tenaga Nasional turut mengumumkan bahawa mereka bakal membina beberapa lagi pengecas TNB Electron di lebuh raya agar memberikan perjalanan yang lebih lancar.
Sumber: TNB
{suggest}