Berdasarkan data yang diperolehi daripada laman analisis International Data Corporation (IDC), bagi suku pertama tahun 2022 ini, jualan telefon pintar di Malaysia didapati menurun sehingga 28.8%.
Menurut IDC, punca keadaan ini berlaku kerana kekangan bekalan model-model telefon pintar 4G yang banyaknya datang dari pembekal China.
Peningkatan kos perbelanjaan di Malaysia yang meningkat sejak tahun 2022 ini juga turut memberi kesan kepada pengguna untuk membeli telefon-telefon pintar baharu.
Malah IDC menjangkakan trend ini akan berterusan untuk sepanjang tahun 2022 ini yang bakal perlihatkan penurunan jualan telefon pintar di Malaysia sehingga 5%.
Setakat suku pertama tahun ini, Samsung mencatatkan jualan tertinggi dengan penguasaan pasaran telefon pintar di Malaysia sebanyak 33.9%.
Malah Samsung memacu segmen telefon pintar 4G di Malaysia dengan penguasaan pasaran hampir 38%.
Sementara vivo pula paling terkesan dengan mencatatkan penurunan bagi segmen jualan telefon pintar 4G sehingga 57%.
Sumber: IDC
Baca juga: