Dalam Laporan Suku Tahun Ketiga Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun 2021, JENDELA memaklumkan pelan JENDELA masih dalam fasa pertama mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G yang akan berjalan sehingga tahun 2022.

Walaubagaimanapun JENDELA mensasarkan, penawaran teknologi rangkaian 5G secara komersil bakal bermula seawal suku ke-4 tahun ini juga.

Lokasi terawal yang bakal menikmati jalur lebar mudah alih 5G yang akan dikomersilkan pada lewat tahun ini adalah Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Seperti semua sedia maklum, syarikat antarabangsa yang telah dipilih oleh Kerajaan untuk membangunkan infrastruktur 5G negara adalah syarikat telekomunikasi dari Sweden iaitu Ericsson.

Ericsson akan membangunkan infrastruktur 5G Malaysia pada kos yang berjumlah RM11 bilion.

Ericsson berjaya mengatasi 7 pesaing lain yang turut menyertai tender pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia iaitu Nokia, HUAWEI, Samsung, ZTE, Ericsson, Cisco, NEC dan FiberHome.

Sumber: JENDELA

Baca juga: Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab