Celcom telah mengadakan kempen 1GreatBonus bagi membolehkan para pelanggan mereka menikmati 1GB internet percuma apabila penggunanya membuat sebarang pembelian aplikasi pertama menerusi App Store atau Google Play Store.

Pembayaran ke atas pembelian aplikasi itu pula mestilah dibuat menggunakan pilihan pembayaran Celcom (Celcom Carrier Billing).

Kempen ini sah ditawarkan untuk pengguna pra bayar dan pasca bayar Celcom.

Secara spesifiknya, pelanggan Celcom yang tidak pernah membuat pembelian menggunakan pilihan pembayaran Celcom atau tidak membuat sebarang pembelian dalam tempoh 3 bulan dengan menggunakan pembayaran Celcom adalah layak menyertai kempen ini.

Bagi menyertai kempen ini, pengguna Celcom hanya perlu melanggan dengan mendail *365*8# (“Subscription”).

Kempen 1GreatBonus ini mula ditawarkan sejak 7 Disember lalu dan akan tamat pada 31 Mac 2021 nanti.

Untuk info lebih lanjut, layari laman rasmi Celcom.com.my.