Elon Musk dilaporkan telah membawa masuk penggodam terkenal bernama George Hotz bagi memperbetulkan isu carian dalam Twitter.
Bagi anda yang tidak kenal, George Hotz merupakan penggodam yang bertanggungjawab menggodam iPhone dan bertanggungjawab mewujudkan jailbreak untuk telefon pintar Apple.
Malah beliau juga melakukan kejuruteraan terbalik ke atas konsol Play Station 3 dan memulakan syarikat pemula kecerdasan buatan Comma One yang membangunkan teknologi automasi kenderaan berasaskan algoritma pembelajaran mesin.
Hotz menerusi akaun Twitternya memberitahu, dia hanya diberikan masa selama 12 minggu sahaja bagi memperbetulkan isu carian di Twitter.
that’s what Elon told me my job was, and I will try my hardest to do it. I have 12 weeks
also trying to get rid of that nondismissable login pop up after you scroll a little bit ugh these things ruin the Internet https://t.co/vZbSfEqlfW
— George Hotz 🐀 (@realGeorgeHotz) November 22, 2022
{suggest}
Sumber: PCMag