Seorang bekas penggodam yang juga pakar teknologi maklumat (IT), Aman Shah Ahmad mendakwa sesetengah sistem yang digunakan oleh beberapa bank di Malaysia sebagai tidak selamat.

Ini kerana dakwa beliau sistem bank-bank di Malaysia adalah hanya copy and paste daripada sistem terdahulu. Katanya, sistem yang ada digunakan oleh bank-bank di negara ini adalah ‘cucu’ kepada sistem dahulu.

Sekaligus mewujudkan terlalu banyak kelemahan dalam sesetengah sistem perbankan di negara ini yang membolehkan penggodam dengan mudah memintasnya sehingga merisikokan wang pendeposit hilang.

Malah dakwa beliau sistem yang ada ketika ini menjadikannya lebih mudah digodam.

Justeru beliau mengsyorkan supaya urusan membangun keselamatan sistem perbankan seharusnya dilakukan oleh pakar IT yang mempunyai merit, dan bukan dipilih dalam kalangan kroni yang tidak layak.

Jika anda masih ingat, pada tahun 1990 dahulu nama Aman Shah Ahmad cukup dikenali selepas beliau didakwa atas kesalahan pecah amanah membabitkan puluhan juta ringgit sewaktu bertugas di sebuah bank di Kuala Lumpur.

Sumber: Utusan Malaysia