Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta grab ehailing mahal

Syarikat ‘E-Hailing’ Yang Gagal Perbaharui Lesen Akan Digantung

Posted on Ogos 30, 2022Ogos 30, 2022

Kementerian Pengangkutan menegaskan bahawa syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-hailing tanpa lesen yang sah akan dikenakan tindakan undang-undang dan digantung lesen.

Tanpa menyebut nama spesifik, kementerian berkata syarikat terbabit yang gagal memperbaharui lesen itu tidak dibenarkan memperbaharui lesen perniagaan pengantaraan (LPP) mereka yang telah pun luput pada 14 Julai 2022.

{suggest}

Jelas pihaknya lagi, syarikat berkenaan sehingga kini didapati gagal memaparkan eVP pemandu atau membenarkan penumpang mengenal pasti pemandu mereka menerusi aplikasi perkhidmatannya sepertimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 12A( 8 ) Akta 715.

Selain itu, individu yang mengendalikan perkhidmatan e-hailing tanpa LPP yang sah boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala para pemandu yang menggunakan aplikasi itu juga dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan mana-mana pengendali e-hailing untuk mengelakkan sebarang risiko pada masa akan datang.

Mengikut ruangan komen di akaun Datuk Seri Wee Ka Siong, syarikat tersebut ialah inDriver.

Sumber: Wee Ka Siong

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress