Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy ring khabar angin

Samsung Mahu Hasilkan “Cincin Pintar”, Pengeluaran Mungkin Bermula Ogos Ini

Posted on Julai 31, 2023Julai 31, 2023

Laporan dari tanah Korea Selatan mendakwa Samsung akan membuat keputusan tentang pengeluaran “Galaxy Ring” seawal bulan depan.

Seperti namanya, ia hadir dalam bentuk cincin dan fungsinya seperti Galaxy Watch iaitu untuk pemantauan kesihatan. Pelbagai sensor akan diletakkan di dalamnya untuk tujuan itu.

galaxy ring rumours

Pun begitu, seandainya ia akan dikilangkan pada Ogos ini pun, ia dijangka hanya akan dilancarkan seawal tahun depan kerana proses kelulusan yang akan mengambil masa.

Kelulusan ini merujuk pada pengiktirafan daripada badan kesihatan berkaitan kerana Galaxy Ring berfungsi sebagai alat kesihatan.

{suggest}

Kata The Elec, masa diambil boleh menjangkau sehingga 10 bulan. Justeru, ada yang berpendapat peranti ini akan dilancarkan bersama Galaxy S24.

Hal ini sama juga dengan Galaxy Watch. Misalnya untuk ciri ECG, Samsung memerlukan kelulusan daripada MDAR (Malaysia Medical Device Register) sebelum melepaskannya pada pengguna di Malaysia.

Dalam pada itu, laporan sama turut mengatakan Samsung sedang berkira-kira untuk jadikannya sebahagian daripada peranti extended reality.

Ia mungkin salah satu cara untuk menyaingi Apple Vision Pro walaupun ia merupakan sebuah peranti realiti campuran (mixed reality). Vision Pro mempunyai hingga 6 kamera dan 5 sensor untuk kesan pergerakan pemakainya tanpa alat kawalan berasingan.

Sumber: The Elec

Gambar utama: Sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress