Apple telahpun mengesahkan pelancaran iPhone 12 pada tahun ini akan mengalami sedikit kelewatan dan dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini. Terbaru, laporan menyatakan kemungkinan pengeluaran beberapa model iPhone terdahulu akan dihentikan.
https://twitter.com/iAppleTimes/status/1296321262201929728
Berdasarkan sumber @iAppleTimes di Twitter, Apple dijangka akan menghentikan pengeluaran iPhone XR selepas pelancaran iPhone 12. Selain itu, pengeluaran iPhone 11 Pro dan Pro Max juga tidak akan diteruskan. Sementara, iPhone 11 mungkin akan mengalami penurunan harga.
Jika benar, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pada tahun lalu Apple turut mengambil keputusan yang sama dengan menghentikan pengeluaran iPhone XS dan iPhone XS Max setelah iPhone 11 dilancarkan.
Sumber: GizmoChina