Selepas lapan bulan dari pelancarannya pada Oktober tahun lalu, pengeluaran telefon pintar iPhone 12 Mini dilaporkan telah ditamatkan.

Jualan telefon pintar ini difahamkan tidak memberangsangkan walaupun pada awalnya mendapat banyak pujian kerana tampil dengan rekaan kecil dan klasik.

Menurut Trendforce, prestasi jualan iPhone 12 mini mengecewakan berbanding model barisan iPhone 12 yang lain semenjak suku kedua tahun 2021.

Harga serta saiz mungkin antara faktor utama dan penyebab yang membawa kepada prestasi jualan yang lemah ini.

Walaupun pengeluarannya sudah dihentikan, iPhone 12 mini masih boleh didapati di kedai rasmi jualan Apple. Termasuklah varian terbaru berwarna ungu yang dilancarkan April lalu.

Selain itu, Apple masih dijangka akan memperkenalkan iPhone 13 mini akhir tahun ini. Adakah model mini terbaru ini akan dapat menambat hati pengguna?

Sumber: macrumors

Baca juga – Peminat Tidak Berapa Suka Dengan Nama iPhone 13

Baca juga – Panggilan SOS Dari Apple Watch Datangkan Masalah Kepada Polis Di Amerika Syarikat