Semasa persidangan MWC 2019 beberapa hari lepas, Huawei telah melancarkan peranti boleh lipat mereka Huawei Mate X dengan pengecasan terpantas ketika ini, SuperCharge 55W.
Ia sekaligus menimbulkan ura-ura mengenai penggunaannya pada peranti perdana mereka, Huawei P30 Pro nanti.
Bagaimanapun, Presiden Bahagian Produk Pengguna dan Mobil Huawei pantas menidakkan ura-ura berkenaan.
Menurut beliau, teknologi tersebut hanya akan digunakan untuk Huawei Mate X secara eksklusif ketika ini.
Ini bermakna Huawei berkemungkinan besar akan membekalkan pengecasan pantas 40W-nya pada siri Huawei P30 nanti.
Sumber: GizmoChina