Jika anda terlupa, Xiaomi pernah memperlihatkan teknologi pengecasan pantas 200W pada Mei yang lalu. Xiaomi HyperCharged itu mampu memberikan pengecasan penuh 0% hingga 100% dalam masa 8 minit sahaja.

Kini, laporan terbaru mengatakan teknologi tersebut bakal jadi realiti. Hal ini kerana NuVolta Technologies telah membangunkan sebuah cip pengecasan pantas baharu dengan nombor model NU2205.

Cip tersebut mampu menyokong output 100W dan dwi-sel bateri. Tambah NuVolta, mereka turut menyatakan cip tersebut boleh menjadi penyelesaian dalam pengecasan 200W untuk telefon pintar dengan memuatkan cip itu pada konfigurasi dwi-bateri.

Selain itu, cip ini bukan sahaja akan memberikan pengecasan yang terpantas di pasaran sekarang, tetapi mereka menjamin suhu tidak terlalu tinggi apabila dicas.

Seperti yang diketahui, bateri amat sensitif pada persekitaran yang panas dan ia boleh menjejaskan kesihatan bateri. Malah, Xiaomi sendiri pernah menjawab persoalan terhadap teknologi 200W tersebut.

Bercakap tentang Xiaomi, syarikat NuVolta juga menggunakan imej dari siri Mi 11. Bermakna, dua syarikat ini telah bekerjasama dan dijangka Xiaomi akan jadi yang pertama tampil dengan pengecasan 200W.

Apa-apa pun, adakah anda suka akan pengecasan yang sebegitu laju atau 60W pun sudah memadai?

Sumber: gizchina

Baca juga – Jepun Sedang Bangunkan Teknologi Bateri Tahan Lama

Baca juga – Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Ini Mungkin Dilancar Tidak Lama Lagi

Baca juga – Xiaomi Sahkan 4 Lagi Model Peranti Pintar Terdahulu Akan Menerima MIUI 12.5