Unit pengecas tanpa wayar AirPower dari Apple dilapor akan mula dipasarkan pada bulan Mac ini.
Pad pengecas berbentuk bujur pertama kali diperlihatkan sewaktu pelancaran iPhone X tahun lalu, berupaya mengecas tiga peranti sekaligus.
Antara peranti yang mempunyai ciri pengecasan tanpa wayar adalah iPhone X, 8, 8 Plus, dan Apple Watch.
Harga jualan belum diumumkan lagi tetapi khabar angin tahun lalu meramalkan ia dipasarkan pada harga $199 (~RM779.78).
Sumber: Daily Mail