Boleh dikatakan hampir semua model kereta keluaran terkini dilengkapi dengan port USB untuk mengecas peranti pintar. Namun tahukah anda bahawa tabiat mengecas peranti pintar dengan menggunakan pengecas kereta yang biasa ataupun yang tersedia pada kereta berkemungkinan akan memendekkan jangka hayat bateri peranti anda?
Ini kerana kadar arus yang dihasilkan adalah tidak stabil dan secara tidak langsung akan memberi impak yang negatif kepada hayat bateri.
Untuk mengurangkan risiko tersebut, berikut kami senaraikan 6 Pengecas kereta terbaik untuk peranti pintar.
1. Moshi Car Charger Duo
Disokong dengan fungsi pengecasan pantas 2.1A, peranti yang sangat berkualiti lengkap dengan petunjuk LED. Ianya dilengkapi dengan perlindungan arus yang menjaga peranti pintar anda daripada arus yang berlebihan.
Boleh didapati di portal atas talian dengan harga RM129.
2. Scosche Revolt Dual USB 12W Car Charger
Pengecasan pantas dengan dua port USB 2.4A. Kemasan yang kelihatan sangat premium dan djuga dilenghkapi dengan perlindungan arus. Port USB nya akan bercahaya apabila dipasang pada kereta.
Boleh didapati di portal atas talian dengan harga RM237
3. Anker PowerDrive 5
Berkuasa tinggi, mampu mengecas 5 peranti secara serentak dengan pantas. Lengkap dengan perlidungan arus dan lain – lain.
Boleh didapati di portal atas talian dengan harga RM216
4. Aukey Dual Port Car Charger Quick Charger 3.0
Peranti pengecas pantas ini antara yang paling berkuasa, namun kemampuannya untuk menegecas pantas hanya berfungsi dengan peranti pintar dengan pemproses Qualcomm Snapdragon sahaja.
Boleh didapati dengan harga RM140 diatas talian.
5. Powerbear Fast Car Charger
Juga hanya akan berfungsi dengan kepantasa penuh apabila digunakan pada peranti dengan pemproses Qualcomm Snapdragon sahaja. Dikatakan mampu mengecas 75% bateri dalam masa 45 sahaja.
Boleh didapati dengan harga RM244 dipasaran atas talian.
6. Ravpower Dual USB Car Charger
Terakhir sekali peranti keluaran Ravpower, dengan pengecasan pantas 2.4A menggunakan teknologi pengecasan iSmart, dapat menghasilkan atus yang optimum dan selamat untuk peranti anda. Snagat berkualiti dan mendapat ulasan yang sangat positif daripada penggunanya.
Boleh didapati dengan harga RM181 dipasaran atas talian.
Walaupun kesemua pengecas diatas datang dengan harga yang agak mahal, namun ianya berbaloi dengan kualiti premium dan fitur keselamatan produk yang ditawarkan. Apapun berbelanjalah mengikut kemampuan.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.