Selain pengecas MagSafe biasa, Apple turut mempunyai satu lagi versi pengecas sedikit berbeza iaitu MagSafe Duo.
Melalui MagSafe Duo, bukan sahaja iPhone 12, malah anda juga boleh mengecas Apple Watch secara serentak sebelah menyebelah.
Melalui laman rasmi Apple, mereka telah menyenaraikan harga jualan rasmi RM589 untuk pengguna Malaysia. Ia boleh dikatakan lebih dua kali ganda harganya berbanding pengecas MagSafe biasa yang berharga RM179.
Namun begitu, MagSafe Duo ini belum lagi diperkenalkan secara rasmi, malahan pasaran luar negara juga belum mendapat tarikh pelancarannya. Ia hanya tertulis ‘Coming Soon’ menandakan ia bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
Jika anda berminat dengan aksesori iPhone 12, ada juga aksesori yang sudah boleh dibeli seperti sarung pelindung dengan harga bermula RM219..
Untuk pengecas MagSafe biasa, ia sememangnya sudah diperkenalkan secara rasmi, namun masih belum dijual lagi untuk pasaran Malaysia.
Mendengarkan harga jualan MagSafe Duo ini, apa pendapat anda mengenainya?
Rujukan: Apple