Selain pengecas MagSafe biasa, Apple turut mempunyai satu lagi versi pengecas sedikit berbeza iaitu MagSafe Duo. Terbaru, pengecas MagSafe Duo akhirnya sudah boleh dibeli di Malaysia pada harga RM589.

MagSafe Duo Charger Malaysia

Kelebihan MagSafe Duo adalah bukan sahaja iPhone 12, malah ia boleh mengecas Apple Watch atau AirPods secara serentak.

Untuk pengecasan tanpa wayar sehingga 11W, Apple menyarankan penggunaan kepala pengecas USB-C 20W. Sementara itu, untuk menikmati pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas sehingga 14W, adalah disarankan menggunakan kepala pengecas USB-C 27W ke atas. Bagaimanapun, kedua-duanya perlu dibeli secara berasingan.

Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan aksesori MagSafe yang lain termasuk pengecas MagSafe, sarung pelindung, dompet dan sebagainya. Jika berminat, boleh ke laman rasmi aksesori MagSafe melalui pautan ini.