Julai lalu, terdapat spekulasi menyatakan barisan iPhone baharu yang mungkin dinamakan iPhone 13 akan mempunyai gegelung pengecas lebih besar. Ia adalah untuk peleraian haba lebih baik dan mungkin menyokong pengecasan berbalik tanpa wayar (reverse wireless charging).

Kini, pemfailan FCC terbaru mendedahkan aksesori pengecas MagSafe dikemaskini dan dijangka akan dilancarkan bersama-sama iPhone baharu nanti.

Ia juga mendedahkan bahawa aksesori dengan nombor model A2548 itu diuji pada empat model iPhone yang mana barisan iPhone 12 dan masa yang sama juga diuji pada empat peranti iPhone yang tidak dikenal pasti. Berkemungkinan besar barisan iPhone 13.

Pun begitu, pemfailan tersebut tidak memberikan gambaran sama ada pengecas MagSafe baharu itu menawarkan kelajuan pengecasan lebih pantas dab sebagainya. Ini kerana kadangkala Apple menampilkan aksesori baharu tetapi hanya mempunyai perubahan yang sangat sedikit berbanding model lama.

Apa-apa pun, kita mungkin akan mengetahui tarikh pelancaran produk baharu Apple dalam minggu ini.

Sumber: 9to5mac

Baca juga: