Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengasas Instagram Dakwa Aplikasi Itu Telah Kehilangan Identitinya

Posted on Mac 22, 2023

Pengasas bersama media sosial Instagram, Kevin Systrom tidak begitu gembira dengan keadaan platform tersebut ketika ini. Beliau berkata:

“Saya rasa kami telah kehilangan identiti yang menjadikan Instagram sebuah aplikasi media sosial Instagram itu sendiri”.

Beliau menzahirkan isi hatinya itu dalam episod rancangan On with Kara Swisher.

Tambah beliau lagi, insentif dan polisi yang diketengahkan Instagram untuk lebih banyak komersial, creators dan jana lebih banyak duit telah mendatangkan akibat yang tidak diingini.

Kevin Systrom, CEO and co-founder of Instagram, prepares for Wednesday's announcement about IGTV in San Francisco on June 19, 2018,.

Banyak pengguna aplikasi itu memaparkan kemewahan, kehidupan seperti ‘raja’, pakaian mahal dan banyak lagi. Dan Masyarakat menganggap apa yang dipaparkan itu adalah gambaran sebenar kehidupan seseorang itu, tambah beliau.

Systrom berkata – “ini bukanlah Instagram yang kami mula-mula bangunkan dulu”.

{suggest}

Untuk pengetahuan anda, Kevin Systrom menjual Instagram kepada Facebook pada tahun 2012 pada harga USD1 bilion (~RM4.48 bilion).

Dan beliau meninggalkan Instagram pada tahun 2018 akibat perselisihan faham dengan CEO Facebook, Mark Zuckerberg.

Sumber: Business Insider

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress