Minggu ini, golongan individu berumur 18 hingga 20 tahun atau penuntut IPT sepenuh masa sudah mula menebus kredit eBelia sebanyak RM150 menerusi aplikasi Touch ‘n Go, Boost, ShopeePay dan juga BigPay.

Namun, lain pula terjadi bagi individu yang mahu menggunakan aplikasi BigPay. Ini kerana, caranya sedikit mengelirukan dan ibarat cashback.

Baca juga – Cara Tebus RM150 eBelia Dengan ShopeePay

Secara ringkas, ia sedikit berbeza berbanding aplikasi lain dimana kredit RM150 diberikan terus ke dalam akaun. Perkara ini tidak berlaku di BigPay.

Seorang pengguna berkongsikan di Twitter yang mana anda perlu membuat tambah nilai (top up) terlebih dahulu di BigPay. Setelah itu, anda harus membelanjakan di Shopee atau Zalora dan sebagainya. Kemudian, barulah eBelia akan dikreditkan kepada pengguna.

Bermakna, untuk mendapatkan RM150 eBelia, anda perlu mengeluarkan wang RM150 dahulu. Perkara ini juga telah disahkan menerusi soalan lazim (FAQ) di laman BigPay.

Walaupun BigPay mengatakan langkah ini dibuat kerana kad mereka boleh digunakan di mana-mana sahaja tetapi cara tersebut lebih memeningkan.

Apa-apa pun, anda sebagai pengguna mempunyai hak. Terdapat tiga lagi aplikasi eDompet yang mudah untuk digunakan.

Baca juga – Tebus Kredit eBelia RM150 Di Boost Untuk Ganjaran Tambahan

Sumber: @izzzatiii, BigPay