Setakat 22 Julai 2021, jumlah pemberian dos 1 dan dos 2 adalah sebanyak 16,024,916 telah diterima rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, terdapat lagi individu yang tercicir kerana masih lagi tidak menerima tarikh janji temu untuk dos pertama sehingga kini.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan bahawa mana-mana individu yang tinggal di Lembah Klang dan masih belum mendapat tarikh janji temu selepas 1 Ogos, mereka dibenarkan untuk ‘walk in’ di pusat pemberian vaksin (PPV).

Namun, mungkin tidak semua PPV boleh dibuat kerana KKM menyatakan senarai PPV yang menerima individu ‘walk in’ tersebut akan diumumkan nanti.

Oleh yang demikian, bagi anda yang masih belum menerima vaksin, diharapkan bersabar dan tidak terburu-buru ke PPV.

Sumber: KKM

Baca juga artikel berkaitan: