Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan sebanyak 9 buah menara komunikasi baharu telah beroperasi sepenuhnya sejak 15 Jun yang lalu.

Menara komunikasi baharu yang dibina di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu sekaligus membolehkan penduduk di beberapa buah kampung di Bahagian Kudat, Sabah menikmati perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas dan berkualiti.

Pembinaan menara berkenaan dijangka akan memanfaatkan seramai 6,520 orang penduduk di Bahagian Kudat.

Daripada 9 menara tersebut, 8 menara itu terletak di daerah Kudat iaitu di Kg. Kubatang, Kg. Lodung, Kg. Indarason Laut, Kg. Rondomon, Kg. Membatu, Kg. Inukiran, Kg. Panikuan, Kg. Toporoi.

Manakala sebuah menara lagi terletak di Kg. Kabatasan di daerah Pitas.

Selain itu, SKMM juga memaklumkanĀ terdapat 13 lagi menara komunikasi di Bahagian Kudat kini sedang giat siapkan oleh pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik yang dijangka siap secara berperingkat menjelang bulan Disember 2021.

Sumber: SKMM