Selepas penduduk di Kg. Rhu Sepuluh dan Kg. Kuala Kubang, Setiu, Terengganu, kini giliran penduduk di Kemaman pula boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik.

Ia selepas dua buah menara komunikasi baharu yang dibina di dua lokasi iaitu di Kampung Pengkalan Rangoon dan Kampung Pondok Pasir telah beroperasi sepenuhnya pada Jun yang lalu.

Selain 2 menara baharu itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memaklumkan projek talian tetap gentian optik di kawasan Kemaman juga sedang giat dilaksanakan melibatkan 8,928 premis.

Sehingga kini, sebanyak 6,091 premis baharu telah mendapat jaringan gentian optik berkelajuan tinggi manakala bakinya iaitu sebanyak 2,837 lagi akan siap menjelang suku keempat tahun 2022.

Sumber: SKMM

Baca juga: 2 Menara Telekomunkasi Baharu Siap Dibina Di Kg. Rhu Sepuluh Dan Kg. Kuala Kubang