Bila bercakap tentang 5G di Malaysia sahaja, kebanyakan pengguna mengeluh tentang perkhidmatan 4G sedia ada pula. Dengan pembinaan pencawang dan menara telekomunikasi yang lebih banyak, secara logiknya dapat memberikan capaian yang lebih meluas.
Walau bagaimanapun, penduduk di Gat Lebuh Macallum, Sungai Pinang mengadakan bantahan secara aman meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengalihkan menara telekomunikasi yang baru saja siap dibina sejak minggu lepas di kawasan kejiranan mereka.
Wakil penduduk, Goh Yun Fung berkata mereka langsung tidak dimaklumkan tentang pembinaan menara tersebut dan risau kesihatan mereka terkesan kerana kebanyakan penduduk di situ terdiri daripada warga emas.
Sumber: Astro Awani
Baca juga: