Dalam tempoh seminggu ini, penyedia rangkaian telekomunikasi Celcom giat menjalankan aktiviti penyelenggaraan di seluruh Malaysia.

Untuk hari ini, Celcom sekali lagi memaklumkan bahawa mereka akan melakukan aktiviti penyelenggaraan pada 4 Jun ini yang melibatkan lebih banyak kawasan termasuklah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah lokasi yang terlibat dengan aktiviti penyelengaraan rangkaian Celcom serta masa ia bermula dan tamat seperti yang dinyatakan Celcom:-

4 June 2021

12:01am – 2:00am:

Sarawak – Samarahan, Bau, Serian, Simunjan, Asajaya, Betong, Kuching

1:00am – 2:00am

Kelantan – Rantau Panjang, Kuala Krai, Kubang Kerian, Pasir Mas, Galas

Terengganu – Hulu Terengganu, Marang, Setiu, Merang, Ketengah, Bandar Al-Muktafi Billah Shah

Pahang – Jaya Gading, Gambang, Cheneh, Jabor
Sabah – Tenom, Beaufort, Damai, Papar, Telipok, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tuaran, Ranau

Sarawak – Simunjan, Asajaya, Samarahan, Kuching, Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Belaga, Kapit, Limbang, Kanowit, Song, Lawas, Lundu, Medan, Selangau, Miri Town

2:00am – 4:00am:

Johor – Tenggaroh
Kedah – Pendang, Pokok Sena, Yan, Sungai Petani Legenda, Kuala Muda Selangor – Sunway, Taipan, Shah Alam, Sungai Way

2:01am – 4:00am:

Sarawak – Bintulu Town, Medan, Batu Niah, Miri Town, Limbang, Samarahan, Sibu, Kuching, Matu

Jadi kepada pengguna Celcom di kawasan terbabit, anda mungkin akan alami gangguan rangkaian ketika aktiviti penyenggaraan rangkaian sedang dijalankan.

Selepas selesai penyenggaraan dijalankan, Celcom menasihatkan para pelanggannya untuk On dan Off mod pesawat (flight mode) peranti mereka jika mereka berdepan gangguan rangkaian selepas penyelenggaraan selesai.

Tetapi jika itu tidak membantu, mereka boleh menghidupkan semula (restart) telefon pintar mereka untuk segarkan kembali sambungan rangkaian Celcom di peranti mereka selepas penyelenggaraan tamat.

Sumber: Celcom