Sebelum ini terdapat kegusaran serta kurang maklumat kepada ibu hamil dan menyusu sama ada mereka sesuai untuk divaksin ataupun tidak.

Tetapi kini pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera ditambah dengan ciri baru yang membolehkan golongan itu boleh mengemas kini bagi memaklumkan jika mereka mengandung atau menyusui bayi.

Dengan adanya maklumat tambahan ini, ibu hamil dan menyusui boleh menerima vaksin COVID-19 mengikut garis panduan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebelum ini menurut garis panduan KKM, vaksin Pfizer dan Astrazeneca dinyatakan sebagai sesuai untuk ibu menyusui.

Manakala bagi wanita hamil pula, KKM tidak mengesyorkan golongan ini mengambil vaksin AstraZeneca dan Sinovac.

Jadi sebaiknya wanita hamil dan menyusui mendapatkan nasihat dan panduan daripada para doktor masing-masing terlebih dahulu sebelum mendaftar bagi suntikan vaksin COVID-19.

Sumber: New Straits Time