Seperti dilaporkan Activision April lalu, Kejohanan Dunia Call of Duty: Mobile 2021 dengan hadiah terkumpul lebih $2 juta jadi dianjurkan.

Terkini, mereka mengumumkan pemain sudah boleh mendaftar untuk peringkat kelayakan didalam permainan bermula hari ini sehingga 5 Julai 2021.

Selesai pendaftaran, pemain perlu menjalani empat peringkat kelayakan iaitu Solo Play, Team Play, Malaysia Championship, dan Garena Region Playoff.

Peringkat Solo Play memerlukan pemain mengumpul 60 mata dalam 10 perlawanan Ranked untuk pergi ke peringkat seterusnya.

Kemudian, pemain perlu menubuhkan satu kumpulan merangkumi 5-6 orang, bermain 30 perlawanan dan duduki lapan tempat teratas untuk layak ke peringkat Malaysia Championship.

Hanya dua pasukan teratas Malaysia Championship akan dipilih untuk mewakili Malaysia ke Garena Region Playoff sekitar bulan September atau Oktober.

Kita akan menyaksikan pelbagai pasukan terbaik serantau Asia berentap untuk peluang bertanding di pentas dunia Call of Duty: Mobile.

Untuk maklumat lanjut dan tarikh penting setiap peringkat, layari https://www.facebook.com/codm.

Sumber: siaran akhbar Call of Duty: Mobile

Baca juga – Snapdragon 888 Plus Kini Rasmi Diumumkan

Baca juga – Digi Lancar Kempen Derma Telefon Atau Tablet Lama Kepada Golongan Memerlukan