Syarikat kamera Fujifilm dan syarikat permainan video Nintendo baru mengumumkan pencetak gambar Instax Mini Link bertemakan Nintendo hasil kolaborasi antara dua nama besar ini.

instax.com

Pengguna kini boleh mencetak gambar dari permainan Nintendo untuk dijadikan versi polaroid. Caranya adalah dengan memindahkan gambar dari Switch ke aplikasi Instax Mini Link melalui imbasan kod QR.

Menerusi aplikasi tersebut, pengguna juga boleh menambah filters, rangka, dan karakter permainan seperti Mario, Pokemon, dan Animal Crossing.

Pencetak gambar sebesar tapak tangan ini mempunyai rekaan sama seperti Instax Mini Link yang lain dengan tambahan kemasan warna biru dan merah seperti alat kawalan Switch.

Menurut Fujifilm, Instax Mini Link ini akan dikeluarkan pada tarikh 30 April dengan harga $100 (RM411). Untuk versi terhad ‘Pikachu Bundle’ (dengan silikon Pikachu), ia akan dikeluarkan lewat seminggu pada harga $120 (RM493).

 

Sumber: IGN