Jenama POCO tidak perlu lagi diulas kerana ia sememangnya sangat dekat di hati ramai peminat atas faktor harga yang sangat mampu milik.

Selepas POCO F3, kini tanpa perlu membuang masa, POCO India akhirnya mendedahkan secara rasmi tarikh pelancaran POCO F3 GT, iaitu pada 23 Julai 2021 jam 12 tengah hari.

Melihat pada kesemua gambar serta video acah yang pernah dikongsikan mereka, peranti tersebut tidak asing lagi adalah Redmi K40 Gaming Edition yang dilancarkan pada April lalu di China.

Dengan pengenalannya di India, kami menjangkakan ia akan hadir buat pasaran tempatan tidak lama lagi. Hal ini kerana ketika POCO M3 Pro 5G dilancarkan, ia pantas dijual untuk peminat di Malaysia pula.

Sumber: POCO India

Baca juga artikel berkaitan: