Walaupun pemindahan data dari Android ke iOS boleh dilakukan atau iOS ke Android, seperkara yang dirisaukan pengguna adalah sejarah perbualan serta media dari WhatsApp sukar untuk dipindahkan kerana aplikasi permesejan popular itu tidak menawarkannya lagi.

Terbaru, 9to5google melaporkan bahawa pemindahan mesej perbulan dari iOS ke Android lebih mudah selepas ini melalui Google Data Restore Tool yang dilancarkan baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, mereka menjumpai kemas kini baharu dalam Data Restore Tool itu membenarkan pengguna memindahkan sejarah perbualan dari iOS ke peranti Android.

Tambah mereka, ia jauh lebih mudah dimana pengguna iOS hanya perlu mengimbas kod QR sahaja sebelum pemindahan dilakukan. Pun begitu, fungsi ini belum boleh digunakan selagi mana WhatsApp tidak melepaskan ciri baharu tersebut kepada pengguna.

Bagaimanapun, terdahulu, WABetaInfo telah melaporkan yang mana WhatsApp dalam fasa pembangunan dalam menawarkannya. Bermakna, mungkin pengguna bakal menerima fungsi tersebut tidak lama lagi.

Sumber: 9to5goole

Baca juga artikel berkaitan: