Lebih kurang 3 bulan sahaja lagi sebelum Apple akan melancarkan barisan iPhone baharu. Telefon tersebut dijangka tampil dengan kadar penyegaran 120Hz, rekaan takuk lebih kecil, bateri lebih besar dan kamera baharu.

Walaupun peranti baharu itu masih tiada lagi penamaan rasmi, spekulasi mengatakan ia mungkin digelar sebagai iPhone 13. Pun begitu, ia tidak berapa digemari dalam kalangan pengguna iPhone.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan SellCell, sebanyak 74% daripada 3000 responden lebih memilih nama selain iPhone 13. Hal ini disebabkan Triskaidekaphobia atau fobia terhadap angka 13 kerana nombor itu dikaitkan dengan nombor tidak bertuah.

Antara nama lain yang mereka rasa sesuai digunakan adalah iPhone 14, iPhone 12s, iPhone 21 dan yang paling ramai minat adalah iPhone (2021).

Selain itu, daripada kesemua responden itu juga, sebanyak 64% menunggu kehadiran iPhone baharu sekiranya mereka mahu menaik taraf dari model iPhone yang lama.

Bagaimanapun, ini hanyalah sebuah kaji selidik dan mungkin juga Apple tidak kisah akan pandangan peminat. Adakah anda setuju bahawa Apple perlu menukar penamaan model iPhone mereka?

Sumber: SellCell

Foto utama: History

Baca juga – Bukan Telefon Sendiri, LG Mungkin Jual iPhone Pula Di Kedai Mereka

Baca juga – “Android Ada Lebih Banyak Perisian Hasad Dari iOS” – Tim Cook