Penggunaan imbasan cap jari semasa pandemik ini jauh lebih praktikal berbanding imbasan wajah. Namun, barisan iPhone yang berharga lebih RM5 ribu pun tidak mempunyai pun ciri ini.

Khabar angin berkaitan imbasan cap jari di skrin bagi barisan iPhone sudah lama kedengaran dan awal tahun ini juga, iPhone 13 dijangka tampil dengan ciri tersebut.

Akan tetapi, penganalisis Apple terkenal – Ming-Chi Kuo memberitahu bahawa sebahagian model iPhone pada tahun hadapan akan dilengkapi Touch ID pada skrin.

Melihat laporan tersebut, nampaknya bayangan Touch ID pada iPhone baharu tahun ini kelihatan samar-samar.

Tambahan lagi, beliau turut mengatakan Apple tidak lagi menawarkan iPhone versi mini. Sebaliknya, bermula tahun 2022, Apple akan memperkenalkan iPhone bersaiz 6.1 inci dan 6.7 inci.

Dua saiz itu akan mewakili dua varian berbeza. Mungkin iPhone 14 (6.1 inci) dan iPhone 14 Max (6.7 inci). Manakala yang lain, iPhone 14 Pro (6.1 inci) dan iPhone 14 Pro Max (6.7 inci).

Dari segi kamera, Kuo turut mengatakan model tahun hadapan akan menampilkan kamera ultra lebar 48MP. Bagaimanapun, ini hanyalah spekulasi awal.

Sumber: macrumors

Baca juga – Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Baca juga – Rekaan Render 3D Apple iPhone 13 Pro Diperlihatkan

Baca juga – Ini 5 Model Telefon Pintar Dengan Keupayaan Muat Turun/Naik Data Terpantas Di Malaysia