Pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) dijangka akan dimuktamadkan pada hari ini.
{suggest}
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata DNB akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi beberapa pengumuman penting, termasuk mengenai 5G, pelantikan CEO serta barisan kepimpinan baharu DNB.
Fahmi sebelum ini memaklumkan semua syarikat telekomunikasi sudah setuju untuk menandatangani perjanjian akses bagi menyediakan perkhidmatan 5G. Namun, terdapat satu lagi aspek iaitu pemilikan ekuiti atau perjanjian langganan saham dalam DNB yang belum diumumkan.
Pada 21 Julai lalu, beliau menyatakan CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan rundingan pemilikan saham dalam DNB dalam masa terdekat.
Langkah itu sekali gus menyokong pembangunan rangkaian 5G sehingga mencapai liputan 80% di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini.
Setakat 31 Julai lepas, Fahmi berkata liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk sudah mencapai 66.8%.