2 Pembocor maklumat awal produk-produk Apple memaklumkan bahawa mereka telah menerima surat peringatan dan amaran supaya tidak mendedahkan perincian produk-produk Apple pada masa hadapan.

Pembocor maklumat itu masing-masing dikenali sebagai Kang dan Duan Rui yang berasal dari China juga memaklumkan yang mereka akan berdepan tindakan undang-undang jika mereka meneruskan kegiatan membocorkan rahsia produk Apple.

Kang menerusi hantaran di platfom sosial Weibo turut memberi amaran kepada blogger di luar sana bahawa Apple juga mungkin akan bertindak ke atas mereka jika berlaku kebocoroan maklumat berkaitan produk Apple yang belum dikeluarkan lagi di platfom mereka.

Sumber: Apple Insider

Baca juga: Peminat Tidak Berapa Suka Dengan Nama iPhone 13

Rekaan Render 3D Apple iPhone 13 Pro Diperlihatkan