Tidak lama selepas keluarannya pada Mac lalu, Netflix umum kerja pembikinan musim kedua siri anime Dota: Dragon’s Blood sudah bermula.
Book 2 is coming! The second season of DOTA: Dragon's Blood is in the works.
While you wait, revisit the story of the tournament that started it all — FREE TO PLAY is now available on @netflix with an updated end credit sequence. pic.twitter.com/CINeVNlheM
— DOTA 2 (@DOTA2) April 19, 2021
Melalui akaun rasmi Twitter Dota 2, perkongsian itu menyatakan yang Book II untuk siri Dota: Dragon’s Blood sudah dalam peringkat pembikinan.
Musim kedua ini merupakan kesinambungan kepada kisah pengembaraan pahlawan naga Davion, yang mempunyai kesudahan tergantung.
Dengan hanya berdurasi tiga-puluh minit setiap lapan episod, siri anime ini mendapat sambutan memberangsangkan. Terutama oleh peminat permainan video diseluruh dunia.
Sementara menunggu berita lanjut mengenai Dota2: Dragon’s Blood – Book II, dokumentari kejohanan Dota 2 FREE TO PLAY juga sudah boleh ditonton di Netflix.
Tonton Dota 2: Dragon’s Blood dan Free to Play.
Sumber: Dota 2 di Twitter