Berikutan kes harian jangkitan COVID-19 di Malaysia sudah mula meningkat, banyak sekolah yang sudah ditutup dan terpaksa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Oleh itu, bagi membantu memudahkan rakyat, SKMM hari ini mengumumkan untuk melanjutkan pemberian 1GB data yang mana sepatutnya ia tamat pada hari ini.
Kuota harian tersebut boleh digunakan untuk sidang video, urusan pengajaran dan pembelajaran. Malah, syarikat seperti Celcom, Maxis, U Mobile, Digi dan TM akan turut serta melanjutkan kuota data tersebut.
Namun, data yang diberikan ini masih lagi tidak boleh digunakan untuk tujuan hiburan seperti melayari media sosial, penstriman video, muzik dan permainan dalam talian.
Baca juga – Cara tebus internet percuma sepanjang tempoh PKP
Sumber: SKMM