Bekerja menjadi buruh paksa di kilang atau pulang semula ke kem tahanan. Itu yang berlaku terhadap etnik Uighur dimana mereka menjadi buruh paksaan oleh pembekal teknologi lensa iPhone di China.

Laporan tersebut dilakukan oleh Tech Transparency Project (TTP) yang mana mereka mendapati pekerja muslim tersebut diberi pilihan sebegitu. Pada masa yang sama juga, pembekal ini juga membekalkan untuk syarikat lain seperti Amazon dan Tesla.

Siasatan TTP juga mendapati ribuan pekerja telah dihantar ke kilang-kilang di Hunan sebagai sebahagian daripada “pengurangan kemiskinan”. Sebilangan pekerja ini juga dipaksa untuk meninggalkan Islam dan belajar bahasa Mandarin sebelum dibawa ke pelbagai kilang di seluruh China.

Apple menolak tuduhan tersebut dimana mereka tidak menyokong pekerjaan secara paksa di kilang-kilang mereka. Malah, Apple juga sentiasa melakukan pemeriksaan secara berkala termasuk audit secara mengejut di kilang pembekal mereka.

Apple berkata lagi, sebarang pelanggaran dasar Apple secara tidak langsung akan ditamatkan perniagaan. Apple sentiasa melindungi pekerja di bawah rantaian bekalan mereka.

Awal bulan ini juga, Apple telah mengambil tindakan terhadap pembekal kamera iPhone O-Film atas kesalahan buruh paksa juga. Terdapat juga laporan sebelum ini melibatkan pembuatan skrin LCD BOE dan syarikat membuat pakaian pekerja Apple Store atas kesalahan yang sama.

Terdahulu, Apple turut menggantung Pegatron disebabkan salah guna tenaga kerja yang melibatkan pelajar latihan industri. Kini, ramai percaya bahawa kebanyakan kilang yang berpusat di Xinjiang menggunakan buruh paksa.

Sumber: washingtonpost via