Dalam laporan sebelum ini dimaklumkan ura-ura bahawa Huawei mungkin tidak akan melancarkan siri Mate 50 tahun ini.
keadaan itu didakwa disebabkan oleh kekangan bekalan yang dihadapi mereka serta mahu memberi fokus terhadap siri P50.
Walaubagaimanapun menurt laporan terbaru, pembekal Huawei mengesahkan yang mereka telah pun menerima rekaan Mate50 dari Huawei.
Namun begitu tiada tarikh dinyatakan bilakah ia akan dilancarkan. Tetapi mereka mengharapkan telefon pintar flagship itu dilancarkan seawal bulan September tahun ini.
Penganalisis berpendapat Huawei berkemungkinan tetap akan melancarkan Mate50 pada tahun ini juga tetapi dalam kuantiti yang sangat terhad.
Khabar angin terbaru ini sekurang-kurang memberikan sedikit harapan kepada para peminat siri model telefon pintar flagship Huawei itu yang sudah begitu lama menanti-nantikan kehadirannya.
Sumber: Global Times
Baca juga: Huawei Dijangka Tidak Melancarkan Mate 50 Tahun Ini
Siri HONOR 50 Rasmi, Kembalinya GMS Pada HONOR
Ini 5 Model Telefon Pintar Dengan Keupayaan Muat Turun/Naik Data Terpantas Di Malaysia