Semakin hari semakin ramai individu yang hebat telah pergi meninggalkan kita. Terbaru, dunia permainan kehilangan seorang individu yang berpengaruh tetapi tidak ramai mengetahuinya.

Beliau adalah Eric Engstrom, seorang jurutera Microsoft telah meninggal dunia pada usia 55 tahun. Laporan daripada Wall Street Journal, beliau meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat kecederaan.

Engstrom merupakan watak penting dalam pembangunan DirectX iaitu antara muka pengaturcaraan yang menjadikan permainan Windows yang seterusnya penciptaan Xbox.

Windows 95

Beliau yang turut bekerjasama dengan Alex St. John dan Craig Eisler membantu untuk menjadikan permainan dalam sistem operasi Microsoft Office 95.

Ketiga-tiga perintis tersebut juga mengembangkan DirectX API yang mana seperti kita lihat pada hari ini ia telah menjalani beberapa evolusi sehingga yang terbaru – DirectX 12 (DX12) Ultimate.

DirectX sebenarnya menjadikan Windows sebagai platform teratas terutama untuk permainan PC. Malah, selain pembangunan Xbox, varian lain seperti Windows CE turut digunakan untuk mengaktifkan Sega’s Dreamcast.

Kehilangan tokoh penting seperti Eric Engstrom pasti akan diingati sepanjang zaman kerana tanpa beliau, permainan PC sudah tentu tidak sehebat pada hari ini.

Sumber: Engadget, interesting engineering