Baru-baru ini, polis menyerbu tiga premis yang disyaki menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin atau wang digital menggunakan elektrik secara haram di Taman Puncak Jalil.

Serbuan yang dilakukan oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengatakan empat penduduk tempatan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita ditangkap.

Sumber: The Star

TNB menganggarkan bahawa mereka mengalami kerugian sehingga RM90,000 sebulan disebabkan tiga premis ini yang menjalankan kegiatan perlombongan secara haram.

Sindiket tersebut telah beroperasi selama dua bulan dan mereka memerlukan tempoh empat bulan untuk menghasilkan satu unit Bitcoin dalam setiap mesin.

Nilai Bitcoin sekarang sekurang-kurangnya RM74,000. Ini bermakna, mereka dapat menjana sebanyak RM17 juta jika mereka terus beroperasi setiap empat bulan.

 

Dalam siasatan yang dibuat, premis tersebut hanya mencatatkan bil elektrik sekitar RM500 sebulan akibat daripada pendawaian haram dimana sepatutnya bil mereka mencecah RM30,000 sebulan.

Dalam empat individu ditahan, terdapat seorang yang mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kecurian dan kerosakan serta telah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Sementara tiga lagi individu akan didakwa di bawah Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990 kerana mengganggu peralatan bekalan elektrik.

Sekiranya anda tidak tahu, perlombongan Bitcoin melibatkan penggunaan komputer yang banyak untuk menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dalam mendapatkan 1 Bitcoin.

Sumber: 1, 2